Tips Renovation Rumah | 5 Tips Renovate Rumah Teres & Ubahsuai Apartment Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Anda nak renovate rumah teres? Nak ubasuai rumah apartment atau flat PKNS? Tentu anda risau dengan kos renovation rumah.

Kena ambil kira macam-macam kos renovation seperti rewiring, plumbing dan cat semula rumah. Mesti mahal!

Tidak semestinya! Jom baca tips ubahsuai rumah teres dan renovate rumah apartment ini.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Tips 1 : Bebaskan Rumah Anda Dari Sentuhan Silam

Jangan terasa sayang dengan barang-barang lama dalam rumah seperti perabot lama, tirai usang dan barang kelengkapan lain yang jarang / tidak lagi digunakan.

Kosongkan rumah anda sehabis boleh!

Buang barang-barang yang sudah buruk dan tidak boleh dipakai. Jual barang-barang yang masih elok di internet atau di car boot sale. Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot dan hiasan dalaman baru.

Tips 2 : Kemasan Lantai Yang Baru

Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai.

Kebanyakan orang risau untuk renovate lantai rumah sebab risau dengan kos yang bakal ditanggung.

Tahukah anda? Hari ini ada pelbagai  pilihan kemasan lantai pada harga mampu milik.

Dari kemasan simen (bare finish) hinggalah kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hinggalah kemasan lantai laminated yang memberi rasa ‘warm feeling’.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Tips 3 : Dinding Yang Bersih dan Tidak Penuh

Dinding rumah sebaiknya tidak perlu ada banyak hiasan. Less is more!

Anda tidak perlu memenuhkan dinding rumah anda dengan segala macam barangan perhiasan yang bakal mengumpul debu dan habuk. Begitu juga dengan warna dinding. Tidak perlu warna-warna yang terlalu garang dan terang.

Pilih sekurang-kurangnya dua warna dan maksimum tiga warna sahaja. Anda boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan ‘feature wall’.

Feature wall rumah anda boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.

Tips 4 : Siling Lebih Tinggi, Lebih Cerah, Lebih Bernafas

Kini siling asbestos dan siling plaster dengan ornamen dan ukiran sudah ketinggalan zaman! Pilihan kini lebih ‘simple’ dan kemas

Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (‘plaster siling’) rata dengan sedikit sentuhan “Lbox”. Jika anda suka boleh juga pilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik.

Siling yang tinggi dan ‘simple’ bagus untuk pengudaraan dan mewujudkan ruang yang lebih luas.

Tips 5 : Jangan Takut Bermain Lampu

Lampu kalimantang tidak lagi sesuai untuk hiasan dalaman rumah anda. Ia hanya sesuai untuk stor, tandas dan ruangan yang tidak memerlukan hiasan dalaman yang cantik.

Tonjolkan personaliti anda dengan bermain dengan beberapa pilihan lampu.

Inilah guna plaster siling yang di pasang tadi, maksimumkan kesan cantikya dengan pelbagai downlight, track-light mahupun pendant light.

Pertimbangkan 5 tips renovate rumah ini dan pasti anda akan terkejut dengan ‘make-over’ rumah anda!

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *