Tips Renovate Rumah | Pasang Table Top & Kabinet Dapur Masa Ubahsuai Rumah Boleh Naikkan Nilai Rumah Anda!

Rumah yang sudah diubahsuai pastinya akan melonjak naik harganya. Tapi tak semua jenis renovation atau ubahsuai rumah yang akan diambil kira dalam menentukan nilai rumah.

Anda plan nak renovate rumah Setia Alam, Shah Alam, Klang dan Subang? Jom baca dan hadam tips renovation rumah ini.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Aku nak share apa yang aku selalu buat. Aku nak share pengalaman aku selama ini.

Antara sebab perlu diusahakan untuk membina table top & memasang kitchen kabinet adalah :

#1 : Cara paling senang nak tingkatkan nilai rumah

Bila korang buat kitchen kabinet dan table top, ini secara langsung akan menaikkan nilai semasa rumah berkenaan. Pihak jurunilai akan mengambil kira faktor ini.

Dalam laporan nilaian memang tercatat item ini. Malah, akan disertakan gambar sebagai bukti dalam laporan.

#2 : Dapur lebih kemas dan teratur

Bila dah terbina, item ini akan menjadikan ruang dapur kelihatan kemas dan teratur. Mudah untuk menyusun kelengkapan dapur seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk ke dalam kabinet.

Malah, tin, dan bungkusan makanan pun boleh disusun secara rapi ke dalam kabinet.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

#3 : Para ibu jadi suka nak memasak di rumah sendiri

Sedar atau tak, para ibu akan terdorong mood untuk ke dapur untuk memasak makanan yang sedap-sedap, disebabkan ruang dapur yang kelihatan ceria dan kemas.

Kerajinan untuk memasak tu akan buatkan korang berjimat dari kerap kali makan di luar.

Dengan ada pemasangan hood dan dapur gas terbina pada table top, tak perlu guna yang jenis hood dan dapur yang mahal sangat. Memadai pakai yang basic tu je.

#4 : Bakal pembeli suka cari rumah yang ada 2 benda ini

Percaya ker korang?

Ruang dapur yang memiliki table top dan kitchen kabinet merupakan salah satu faktor pemikat, untuk para bakal pembeli close deal beli rumah tu.

Bakal pembeli akan melihat ruang dapur. Especially jika bakal pembeli itu adalah seorang wanita. Mesti dia pujuk husband dia untuk beli rumah tu. Betul, kan?

#5 : Senang nak sewakan pada kadar yang tinggi

Apabila sesebuah rumah sudah tersedia kelengkapan table top & kitchen kabinet, secara tak langsung korang boleh menaikkan kadar sewa bulanan rumah tu.

Pasti rumah ni kadar sewanya adalah lebih tinggi, berbanding rumah yang basic yang pakai sinki besi yang standard tu je.

Kelima lima faktor ini merupakan kekuatan bahawa membina table top & memasang kitchen kabinet amat berbaloi-baloi.

Korang paham ker tak nie. Penat aku taip tau. Aku sekadar memberi pandangan je.

Korang dah abih baca, mohon SHARE untuk manfaat kawan-kawan yang lain ye. Hehe.

Kredit: Ir. Ajak Abdul Razak, Hobi Rumah Busuk

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *