Tips Renovate Rumah | Kos Ubahsuai Rumah Yang Perlu Anda Tahu

Berapa anggaran kos untuk renovate rumah? Kos renovate rumah samada nak renovate rumah teres, ubahsuai aparment, renovate banglo atau rumah semi-d, semuanya bergantung 3 perkara asas seperti berikut:

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

1: Bahan Yang Digunakan

Kos renovation rumah bergantung kepada pemilihan bahan / material yang digunakan untuk ubahsuai rumah anda.

Ada bahan yang berharga murah, sederhana dan juga mahal serta ada di kategori mewah. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Contohnya dari segi kemasan lantai. Ada yang hanya mampu letak jubin biasa dan murah sahaja. Ada yang boleh melabur untuk pasangkan lantai jubin yang selesa, menarik dan cantik. Sudah tentu jubin yang cantik memakan kos yang agak tinggi.

Kemasan lantai pasti nampak mewah jika menggunakan lantai kayu lamina atau vinyl. Kosnya sudah tentu lebih mahal.

2: Rekabentuk Yang Dipilih

Setiap rekabentuk mempunyai nilainya yang tersendiri. Jika hanya menambah lantai ,dinding dan bumbung mungkin satu ruang boleh mendapatkan harga standard.

Tetapi jika andaa inginkan ruang yang agak unik seperti mempunyai bukaan pada ruang tertentu, dinding berlubang hiasan, lantai bertingkat, dan sebagainya yang agak unik dan pelik mengikut kehendak pemilik, kos ubahsuai akan meningkat mengikut tahap kesukarannya.

Begitu juga sekiranya anda ingin memasukkan kabinet yg mempunyai pelbagai harga dari material yang berlainan.

3: Kontraktor Renovation Yang Dilantik

Ramai orang yang suka untuk mengupah tukang yang dikenali di kawasan masing-masing. Pelan ubahsuai kemungkinan di buat oleh pemilik sendiri atau pun oleh tukang tersebut. Tukang sebenarnya boleh melakukan kerja yang sudah biasa dibuat olehnya. Idea juga terbatas.

Jika anda melantik mereka yang pakar dalam soal rekabentuk dan bahan, anda dijamin boleh mendapatkan hasil kerja yang dikehendaki malah kemungkinan ia menjadi jauh lebih baik.

Sudah semestinay upah melantik pakar yang bertauliah agak tinggi berbanding upah, namun itulah kos mereka memerah idea dan membuat sedikit kajian khas untuk kediaman pemilik tersebut.

Ia ibarat tidak ada sesiapa mempunyai kediaman seperti itu melainkan pemilik tersebut sahaja. Lain kediaman lain ciri-ciri dan rekabentuknya. Ia mengikut peribadi dan aktiviti pemilik sekeluarga.

Kos Tersembunyi

Anda juga mesti mengambil kira kos tersembunyi yangboleh berlaku jika tidak ada rancangan yang teliti atau tidak melantik mereka yang bertauliah. Contohnya:

a) kos upah tukang untuk memecahkan dinding dan lantai (hacking) bagi pemasangan pendawaian elektrik bagi point elektrik, lampu dan kipas baru

b) kos upah tukang untuk memecahkan dinding dan lantai (hacking) bagi pemasangan sistem perpaipan baru bagi sinki dan tandas baru dan pelbagai kos lain lagi.

Perkara sebegini boleh dielakkan jika mengupah seorang penasihat (consultant) yang bertauliah di mana semasa membuat sebut harga, mereka telah memasukkan sekali kesemua kos yang terlibat. Biasanya perkara sebegini biasa berlaku kepada mereka yang tidak merancang dan mengubah sebarangan.

Ingin saya ingatkan sekiranya tidak ada perjanjian hitam putih dibuat, ia membahayakan pemilik kerana boleh berlaku kontraktor lari, rumah tidak siap dan berlaku penambahan kos. Untuk elakkan situasi begini, pemilik perlu tahu alamat operasi kontraktor dan penasihat yang dilantik.

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *