Tips Renovate Rumah | 5 Tips Ubahsuai Rumah Tanpa Belanja Besar

Nak renovate rumah mesti mesti keluarkan belanja yang banyak. Kalau tak rancang betul-betul boleh menyebabkan kerugian.

Anda mahu ubahsuai rumah yang cantik dengan harga yang jimat? Jom baca tips renovate rumah ini.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Tip #1 : Jual Yang Lama, Beli Yang Baru

Hapuskan semua perabot lama, tirai yang usang dan barangan kelengkapan yang masih elok tetapi tidak digunakan lagi. Kosongkan rumah sehabis boleh.

Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di car boot sale atau muatnaik ke laman sosial untuk dijual.

Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru.

Tip #2 : Tukar Kepada Kemasan Lantai Yang Lebih Fresh

Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai.

Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini sebab risau dengan kos yang bakal ditanggung.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik.

Dari kemasan simen (bare finish), hingga ke kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hingga la kemasan laminated timber yang memberi rasa warm feeling.

Percayalah, sebaik saja anda menukar kemasan lantai, perbezaan ketara akan dapat dirasai.

Cuba buat carian internet Kimgress Tiles, White Horse Tiles, Feruni Tiles, Inovar Flooring, Floor Depoh dan sebagainya.

Tip #3 : Jangan Gantung Perhiasan Dinding Yang Banyak

“Less is More”

Anda tak perlu penuhkan dinding dengan segala macam barangan perhiasan, yang bakal mengumpul debu dan habuk.

Ini bukan lagi zaman 80-an, di mana replika sudu dan garfu besar tergantung di dinding. Juga tak perlu pelbagai warna dinding, yang menjerit-jerit meminta perhatian korang.

Pilih sekurang-kurangnya 2 warna dan maksimum 3 warna sahaja.

Anda boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan feature wall.

Bergantung kat bajet renovation rumah anda, feature wall ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar. Atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.

Untuk lebih menarik, pasangkan hiasan dinding yang boleh menyala dalam gelap seperti Walplus Dandelion Grow In The Dark Wall Stickers (XL Series).

Tip #4 : Lebih Tinggi Siling, Lebih Bagus

Kini siling asbestos dan siling plaster dengan ornamen dan ukiran tak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, siling pilihan kini lebih simple dan kemas.

Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (plaster siling).

Atau buat anda yang suka bereksperimen, boleh memilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik.

Lebih tinggi siling adalah lebih bagus. Bagus untuk pengudaraan. Bagus untuk mewujudkan ruang yang lebih luas.

Selepas memilih gaya siling yang disukai, pasangkan lampu siling yang cantik seperti chandelier.

Tip #5 : Berani Bermain Dengan Lampu

Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu sama ada berjenama atau tak.

Be adventurous. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor saja.

Anda boleh buat carian Internet tentang House of Lightings, Puchong, yang menawarkan pelbagai pilihan lampu pada harga yang cukup murah.

Terdapat banyak lagi kedai seumpamanya yang menyediakan pelbagai rekabentuk dan citarasa. Ekspresikan personaliti korang bermain dengan beberapa pilihan lampu (downlight, pendant light, spotlight, uplight, dan sebagainya).

Untuk lampu, boleh pilih lampu garam kerana dalam masa yang sama dapat meneutralkan udara sekeliling.

Aplikasikan 5 tips renovate rumah ini, dan pasti korang akan terkejut dengan hasil renovation rumah anda!

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *