Tips Renovate Rumah | 18 Perkara Wajib Buat Sebelum Beli Rumah Untuk Duduk Sendiri

Rumah adalah satu pelaburan yang besar. Terutamanya jika beli rumah untuk didiami diri sendiri dan famili.

Jom baca dan hadam perkongsian Cikpuan Ida Latif di blog The Vocket ini.

“Rumahku syurgaku”

Pepatah yang boleh dijadikan slogan buat mereka yang sedang membina impian untuk membeli rumah pertama, yang bakal dijadikan kediaman bersama keluarga.

Namun sebagai seorang yang gemar mengikuti perkembangan hartanah tempatan, sejak beberapa tahun lepas saya mula perasan design moden yang dibina oleh para pemaju semakin lama semakin agak pelik.

Paling ketara, bahagian bumbung dan dinding kaca yang kelihatan tak begitu sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia.

Tapi saya sedar diri, siapalah saya untuk komplen tentang perkara ini. Jalan mudah dan singkat yang saya ambil, tak suka jangan beli.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Apatah lagi jika harganya di luar bajet yang telah ditetapkan, meskipun berada di lokasi sangat strategik.

Dalam erti kata lain, overprice dan tak berbaloi untuk jangka masa panjang.

Ditambah selepas rumah sedia untuk dihuni, dah semestinya pembeli ‘terpaksa’ keluarkan kos tambahan semata-mata untuk tambah awning di bahagian bumbung, beli langsir (belum dikira upah jika tempah langsir dan pasang rod) dan pasang penghawa dingin setiap malam, sekaligus bakal memberi kos tambahan di masa depan.

Hingga la semalam, saya membaca perkongsian oleh pensyarah dari Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur, UiTM Perak, Dr. Azizul Azli Ahmad. Persoalan yang bermain di kepala saya akhirnya terjawab.

Cantik, tapi tak functional. Berbaloi ke?

Menurut Dr Azizul yang juga merupakan pemegang PhD dalam kursus yang sama, pemaju hari ini banyak membina rumah mengikut rekabentuk baru kerana ia menjadi menjadi kegilaan pembeli.

Hakikatnya bila bumbung direkabentuk pendek begini, ia tak menjadi pelindung cuaca yang baik untuk rumah.

“Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.”

Akibatnya, pembeli bakal mengalami kerugian dalam bentuk jangka panjang kerana terpaksa memasang penghawa dingin sepanjang masa, termasuk di hari hujan turun kerana haba panas tetap ada dan terperangkap di dalam rumah.

Secara langsung, bil elektrik bakal memberi impak kepada perbelanjaan dan bajet bulanan.

‘Hangus’ RM50,000 untuk tambah awning?

“Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita. Lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah,” seloroh Dr Azizul.

Dr. Azizul dedahkan, ada di antara pembeli rumah yang juga merupakan pengikut di akaun Facebook beliau, telah membelanjakan RM50,000 untuk menambah awning di bahagian bumbung rumah yang baru di beli.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Design moden sebegini sebenarnya memberi peluang kepada pemaju menjana keuntungan. Kos bahan binaan dan kepingan genting hanya sedikti digunakan, sementara bukaan binaan rumah pula hanya 25′ x 40′.

“Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.”

Manakala di hari hujan lebat pula, air boleh masuk ke dalam rumah melalui tingkap. Cara lain untuk mengesan kegagalan design rumah adalah bila ada kesan air dalam dinding atau siling selepas hujan.

Dr. Azizul juga menyeru kepada bakal pembeli rumah agar mengelak dari membeli kediaman yang kelihatan moden dan canggih tetapi hakikatnya ia bakal memberi kerugian dalam bentuk jangka panjang.

”Rekabentuk baik tak semestinya cantik, tapi ia berfungsi dengan baik untuk penghuninya.”

Periksa dulu 18 perkara ini sewaktu melawat rumah (site visit)

Dan hari ini pula, pensyarah ini telah berkongsi di akaun Facebook beliau apakah faktor yang perlu diperhatikan sewaktu korang survey sesebuah rumah, sebelum ambil keputusan untuk membelinya.

Dr Azizul telah menyenaraikan tip berikut :

  • Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita.
  • Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.
  • Jika nak selesa, sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah.
  • Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.
  • Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10′ kaki. Bila pasang kipas takde la putus jari.
  • Sebaiknya, beli kediaman yang ada 3 bilik dan 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti, lebih baik.
  • Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.
  • Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama. Takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi.
  • Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun di tengah. Dalam erti kata lain, bumbung bentuk rama-rama.
  • Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujan tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.
  • Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.
  • Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.
  • Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek, screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.
  • Jika ada duit lebih beli la corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras
  • Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.
  • Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB, atau depan kolam IWK.
  • Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan dalam dinding rumah kita.
  • Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan takde sebarang masalah kualiti

Pastikan anda menang semasa membeli

Pesan Dr. Azizul lagi :

“Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.”

“Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita beli.”

Harapan Dr. Azizul semoga apa yang telah dikongsikan ini dapat dijadikan panduan terutama bagi pembeli baru, yang kurang terdedah dengan tip-tip dan panduan membeli rumah.

 

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *